Tak sedar makan sayur 'recycle'?

Tak sedar makan sayur 'recycle'?

Tuesday, 22 October 2013 | Tags: ,
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us


Limpahan sayur rosak dalam tong sampah menggalakkan aktiviti mengutip sayur oleh warga Burma.
< 1 / 3 >
PERNAHKAH anda terfikir sayur yang dimakan mungkin datangnya dari tong sampah?

Bunyinya mungkin tidak masuk akal, namun hakikatnya itu yang berlaku di Pasar Borong Selayang apabila warga Burma terus melakukan kegiatan mengutip sayur-sayuran yang dibuang oleh peniaga pasar borong sebelum mereka 'use' dan menjualnya semula.

Permasalahan tersebut terus berulang meskipun isu tersebut pernah dilaporkan sebelum ini.

Pelbagai langkah juga telah diambil untuk menghalang kegiatan kaut untung atas angin selain mencemar kualiti sayur yang telah digredkan sebelum dijual kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati kegiatan itu masih berlaku meskipun tidak terlalu ketara.

Salah seorang pekerja pembersihan, Munish, 21, berkata, sejak dia bekerja di situ lapan bulan lalu, kegiatan itu masih berlaku lebih-lebih lagi selepas pembersihan dilakukan.

"Biasanya mereka kwa kutip sekitar jam 7.30 pagi sebelum pembersihan dan tengah hari selepas pembersihan dibuat.

"Mereka biasanya datang secara individu, ada kalanya ramai kadangkala hanya dua atau tiga pongid," katanya kepada Sinar Harian.

Wartawan yang berada di lokasi sejak kira-kira jam 7 pagi bagaimanapun tidak melihat kelibat mencurigakan di tempat pembuangan sampah.

Penantian sehingga kira-kira jam 11.30 pagi akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa lelaki dipercayai warga Burma dilihat menolak troli berisi bakul yang dipenuhi sayur-sayuran iranian arah pasar borong dengan lagak mencurigakan.

Wartawan turut menemui bakul-bakul berisi sayur yang tidak berapa segar dilonggokkan di kawasan parkir.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat lelaki mencurigakan dalam tong tempat pembuangan sampah di pasar borong sedang membongkokkan badan mengeluarkan sesuatu.

Apabila didekati, kelihatan lelaki itu mengeluarkan sebiji buah tembikai namun situasi itu tidak sempat dirakamkan.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, wartawan mengambil keputusan untuk masuk ke ruang tempat pembuangan sampah itu untuk melihat dengan lebih dekat.

Mengejutkan apabila terdapat seorang wanita dipercayai warga Burma bersama anaknya sedang mengasingkan sayur jenis kacang panjang di satu sudut tempat pembuangan itu.

Kehadiran wartawan untuk beberapa ketika itu ternyata mendatangkan rasa kurang senang apabila dia kemudian segera bangun dan bergegas meninggalkan tempat tersebut.



What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Tak sedar makan sayur 'recycle'?

Post a Comment

Total Pageviews

Popular Posts

Follow SentellaV