Wanita dalam pantang dilibas wayar elektrik

Wanita dalam pantang dilibas wayar elektrik

Tuesday, 22 October 2013 | Tags: ,
Digg it | Stumble it | Save to Del.ico.us

Kuala Lumpur: Tidak tahan dibelasah dan ditumbuk suami 'kaki pukul' saban hari sejak berkahwin lebih setahun lalu, seorang wanita yang masih dalam pantang anak sulungnya akhirnya nekad membuat laporan polis, kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang baru melahirkan bayi lelaki lebih sebulan lalu cedera di seluruh badan dan kepala angkara dibelasah suaminya menggunakan wayar elektrik.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 1 pagi itu, wanita berusia 20 tahun terbabit yang sedang tidur di rumahnya di Kampung Pandan, di sini, dikejutkan dengan kepulangan suaminya.

"Mangsa menegur suaminya dengan baik, namun lelaki itu dikatakan naik berang lalu memarahi isterinya itu hingga berlaku pertengkaran.


"Suami mangsa yang dikatakan naik angin lalu mengambil wayar elektrik sebelum membelasahnya," katanya.


Mangsa yang menanggung kesakitan akibat dipukul land menghalang namun dia tidak berdaya kerana masih berpantang.

Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan dan lebam di seluruh badan serta kepala.

Menurutnya, mangsa yang tidak tahan lagi menjadi mangsa tabiat buruk suaminya yang dipercayai longlegs pukul itu akhirnya nekad membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan, Cheras, di sini.



What Next?
Link To This Page:


Link To Home Page:



Subscribe to Addicted Online or subscribe in as a reader

0 Responses to Wanita dalam pantang dilibas wayar elektrik

Post a Comment

Total Pageviews

Popular Posts

Follow SentellaV